SUMBER : http://www.trymasak.my/blog/posts.php?author=trymasak&title=16+sayur+elak+pelbagai+penyakitSelalu sakit tetapi tidak mahu berjumpa doktor? Tahu tak sebenarnya
dengan makan sayur-sayuran boleh mencegah pelbagai jenis penyakit tanpa
perlu berjumpa doktor. Pengamal sayur-sayuran didapati hidup lebih sihat
kerana dalam sayur-sayuran mengandungi nutrien seperti vitamin,
mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Berikut disenaraikan 16 jenis
sayur yang mempunyai pelbagai khasiat dari segi perubatan.
1. Kobis ubati ulser
Kobis mengandungi belerang iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus.
2. Bendi bantu perkembangan otak
Bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak.
3. Kucai ubati senggugut
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Ia juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi peransang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.
4. Peria rawat penyakit kencing manis
5. Pasli turun tekanan darah, lawas air kencing
Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.
6. Lobak selesai masalah penghadaman
Ramai yang tidak mengetahui bahawa lobak putih mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman.
7. Daun salad atasi insomnia
Daun salad kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink yang mengandungi lactucarium untuk bertindak sebagai sedatif. Ia merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Malah, ia juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.
8. Timun merawat kecacingan
9. Pudina redakan kekejangan otot
Pudina bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus yang bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga digunakan untuk membuat ubat sapu bagi merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.
10. Kacang buncis turunkan tekanan darah
Kacang buncis kaya dengan protein dan vitamin boleh membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah. Ia amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Selain itu ia juga mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
11. Bayam elak risiko penyakit jantung
12. Kaduk rawat demam malaria
Kaduk adalah sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Daun kaduk ini mujarab untuk merawat demam malaria. Air yang direbus dengan akar pokok ini pula dapat melawaskan kencing. Malah, ia juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
13. Daun kari baik untuk peredaran darah
Daun kari baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif. Selain itu, ia berkesan bagi mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening bagi wanita yang mengandung. Malah, boleh menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit buang air berdarah. Caranya hanya dengan memasukkan ia ke dalam pelbagai jenis masakan contohnya seperti kari sardin, kari ayam, mi kari, dalca kari
14. Kapsikum hilang penyakit darah beku
Kapsikum mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis. Selain itu ia juga dikatakan dapat meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan. Juga elok untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong.
15. Tomato elak risiko barah prostat
Tomato sangat sinonim sebagai makanan awet muda dan melicinkan kulit. Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat. Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%. Malah, tomato yang kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C sangat diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
16. Terung pipit meredakan sakit perut
Terung pipit adalah tumbuhan liar yang biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Ia mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat, fosforus, zat besi, serta vitamin BI, A dan C. Air rebusan terung ini dapat meredakan sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki
.
Kredit gambar:
http://trymasak.my/glossaryImage/daun-kaduk.jpghttp://drrozmey.files.wordpress.com/2010/01/salad1.jpghttp://images.free-extras.com/pics/t/tomato_plants-631.jpg
http://organicsayur.com/wp-content/uploads/bayam.JPG
http://herba.bf-1.com/wp-content/uploads/2010/07/mint_pudina.jpg
http://us.images.detik.com/content/2008/01/31/482/DaunKari-content.jpg
http://w29.indonetwork.co.id/pdimage/68/1805968_lobakjepang-daikon-1.jpg
http://salbeautyhealth.com/blog/wp-content/uploads/2009/10/835320_cucumber.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglvsq0VLq-LfPXd8-8ZD-N1Knm0bflfD-QBsKo0YoyCIHWOzkIWQ4ZZ4l1Cgwet2-T7k0z0oIr826Js354PCArn2cjoM5g32mjU3tvGpAjh2zHTp-WRUpiYuB_mMXToHlRMgBYhI538oJ4/s200/DSCN4714.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgD4t58lmr36dyxy7sWQIJNpA1bx_5UiGSzLq8cTu5Y5curUB1d1MN7mhXjGPEVPftykIEJg2C65aFxlA3bSGwKT9_iB-71FAm5AqRQMTFXohpMmf5Gh8Ue-0pB0TpYkijHqAAr-r-dx_Ry/s320/capsicum.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWlLeyAVtesQkF1jvXEmNxsZLLTzkWwCXVx6wyCzrkxqNo9il3VqzXdB6eQut8CJHSv0r3nhlBZjIZrF4JL5TX5DtfUhqLYDGtS0yPrU2zRip4uzeyC52v1VxBEIWUjO-29FYUcob7MuqR/s320/0727565p.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMSDEyw4xYEcuL_5cwdISZ3ZwoZzTSqItbwuN9yeqowRmjxBMmx3nsP9hTUJjPYt9FIHhdpR4QfV2Z7CCbs3X4n96XQrBEnPlT0AlZeT8RIdpCgmomBoQHoB1mrQ5hmVniY3z0g9hs0s8/s1600/peria1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrbX0ldXFYyBrKPIjfs3AnWRpnjcJyLuCBMOnsQKsJJuv4temAFKlDnBU3PkbhEdKSlO9F2zDj7oTGM-FUtxIZoEL4CHY1f8QfaWzxH6ubCGVifek3AlU2VzYlhkPUO0uxhdsaPvF4VtLo/s1600/kobis.bmp
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj99dspm1r5HQZQIoD9GF01gTOjo545OnOCsyCq_98t_ZYP8TeWo45rYWfZQrlK_vaQqhGAK55Qpc9jj6qMMQxWmtltS4SMjhyC-FVj338K9Cuk-hH2obGwZh1M80kR1i8H34vXcxqmWx0/s320/carrot.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh07HTXStN44IJ_NJSgQvxa0pVyGzjfU9SY5yxc7fEFpbSVchDeJbEyOcRqxRi_bwYbf3M1EcZV3o6G-yG7rxifwCDg7mR7XvTzNL1ljJAmVb1dmc1ygw2_nFTBB8Anyc8Bq7PrTwTeNRSf/s320/buncis.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgldI7Kb1DNNJqMxNHfBBX5wHQfRDaaewpknkAoCN1YWfBu31p9eOBXBDc2CPwo0YZRD75hz51AHrKD4wHsrqMeehTJVmmRianI-D5DoCNmXTIXvCJgX-SDNdkLoOXb76vW4Ah1FM7YafDG/s1600/IMG_0220.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu430WShN_6PWeeDC0ZW1Wga7qFc8Tdc_MJMcOaSXQ8BQX4Iz-XWoltbfDty6Hx1Q_GLWJKZQotlhs07HSfq2jP-Ua6k_oXnR_C_UOAWndlzPLkj3emFEk1zk3iDFl1nAO0J3gdlgaAtXB/s1600-h/kacang_bendi.jpg
0 komentar:
Posting Komentar